Pakej Tukar Suami Isteri: Geli Ya Amat…

Melihat tajuk akhbar Harian Metro hari ni, memang betul-betul hebat la penangan kemodenan sekarang nih. Ingat ke pasangan yang dah berkahwin akhlaknya baik sket dari yang belum berkahwin. Tapi rupanya ada yang lagi teruk.

Apa perasaan mereka yang lakukan perbuatan begini ye? Cara hidup moden? Alasan tak boleh guna pakai langsung. agama selain islam pun rasanya tak mengajar penganutnya pengamalkan cara hidup sebegitu.

Dibawah sedikit petikan asal dari Harian Metro.

—————————————-

Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.


Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.


Untuk membaca keseluruhan berita, klik sini.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kelab tukar isteri (101)
  • kelab swinger malaysia (43)
  • kelab tukar isteri malaysia (41)
  • kelab tukar pasangan malaysia (40)
  • kelab tukar suami isteri (37)
  • Kelab swinger (35)
  • kelab tukar pasangan (14)
  • swinger malaysia (14)
  • tukar isteri (14)
  • kelab bertukar isteri (12)

Comments are closed.

Close