Mudah.my, Mudah Ke?

Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa Kabar? Harap semua sihat dan encem dan ayu-ayu belaka. Petang kelmarin Belalang selamat sampai ke rumah bersama Belalang Jr. dengan keadaan perjalanan dari Baling ke Kulim menyaksikan jalan tersangat la sesak dengan kenderaan yang kebanyakan mahu pulang ke bandar setelah cuti  raya Cina habis.

Lupakan hal di atas, Belalang nak bertanya mengenai membeli barang di internet lagi-lagi yang melibatkan mudah.my. Korang selalu tak gunakan mudah untuk membeli apa-apa barang? Belalang juga selalu beriklan disitu.

Dari tadi Belalang sedang lihat-lihat iklan mengenai menjual tv di sana. Belalang berhasrat nak angkat satu tv sebab tv kat umah nih dah nazak sgt dah. Dah survey tv-tv area Kulim nih. Saje je tiba-tiba teringat nak try guna kemudahan mudah.my. Tapi Belalang tiada pengalaman membeli barang-barang elektrik melalui mudah.

Jadi Belalang nak tanya pendapat korang-korang yang singgah blog Belalang nih. Ok ke membeli di mudah.my? Ada sape-sape ade pengalaman tak kena tipu ke atau korang sendiri yang selalu beriklan disana. Meh drop komen kat bawah nih. Kita share cerita sket…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close