Mereka Pergi Dan Mungkin Kembali?

Semenjak dua menjak ni peningkatan blogger baru amat ketara. Bukan Belalang yang kata tapi kebanyakan blogger berkata begitu. Tapi jika diperhatikan, rasanya memang betul pun. Kalau time blogwalking tu selalu saja Belalang akan sampai ke blog yang belum pernah Belalang sampai. Ramai betul blogger Malaysia ni ye.
Namun begitu walaupun setiap hari ramai blogger-blogger baru yang datang, kehilangan beberapa rakan-rakan blogger lama juga amat ketara. Kalau dahulu Belalang selalu bertandang ke blog mereka kerana suka membaca penulisan mereka, tapi kini blog itu ditinggalkan begitu saja. Ada yang sudah hampir setahun menghilangkan diri dan membiarkan blog tidak di update.
Mereka-mereka ini juga ada yang terdiri daripada pengomen hardcore blog Belalang. Asal ada entry jer, sure ade muka diorang drop komen-komen yang bernas. Kami juga selalu berborak di shoutmix. Kehilangan mereka amat dirasai oleh Belalang. Nasib masih ada yang sudi singgah dan drop komen di blog buruk Belalang ni. Sape lagi, korang yang sedang baca entry Belalang nih la… Hee…
Apa-apapun, walau dimana mereka berada, apa jua pekerjaan yang mereka lakukan, Belalang doakan semoga mereka berjaya dalam hidup. Mungkin suatu masa nanti mereka akan kembali aktif berblog dan masih sudi bertandang ke sini. 
Facebook Comments

Comments are closed.

Close