Krisis Rusuhan Di Mesir: Pejabat Al Jazeera Dibakar

Nampak keadaan tidak terkawal di Mesir seperti masih berlanjutan dan tiada tanda-tanda akan pulih dalam jangka waktu terdekat ini.

Terbaru Stesen Televisyen Al Jazeera telah dibakar oleh pihak yang masih belum dipastikan samada penunjuk perasaan atau kerajaan Mesir yang tidak menyukai rangkaian televisyen itu membuat liputan ke sana.

Baca petikan dibawah yang Belalang ambil dari Utusan online.

—————————————————

Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh ‘kumpulan samseng’.


Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.


“Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close