Kerajaan wajib Halang Konsert Mohsen Namjoo – Siapa Mohsen Namjoo?

Pertama kali Belalang mendengar nama Mohsen Namjoo adalah di entry abang Ben. Lepas tu Belalang terperasan lagi dua tiga blog menceritakan perkara yang sama.

Siapa Mohsen Namjoo ini? Mengapa segelintir blogger meminta supaya kerajaan mengharamkan konsert beliau yang bakal berlansung di KLCC Convention Center pada 18 haribulan ini? Jawapannya ada dibawah ini…

———————————————-

Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas. Sekian…


Dari blog PuisiKabur

———————————————-
Belalang telah cuba mencari beberapa info mengenai Mohsen ini. Namun agak hampa kerana tiada apa-apa info yang dapat Belalang tambahkan untuk menguatkan hujah di atas.
Namun sekiranya benar bagai dikata, kerajaan memang wajib menghalang orang ini daripada membuat konsert di Malaysia. Tak kira apa cara sekalipun…
Facebook Comments

Comments are closed.

Close