Kembali Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekalian. Rindu kat Belalang tak? Soklan tak malu… Wakaka. Alhamdulillah setelah mengharungi beberapa hari yang perlu bergerak dengan pantas, akhirnya siap juga keje-keje penting Belalang.

Dari mula bertolak ke KL sampai la Belalang tiba kelmarin di Kulim, Kedah, hari ini baru Belalang rasa betul-betul free untuk melihat blog ijau yang dirindui ini. semenjak Belalang aktif berblog, ini la jangka waktu paling lama Belalang tinggalkan blog. Dua hari jer tapi terasa betul-betul lama. Macam dua tahun. Hee…

Belalang agak terharu melihat visitor blog Belalang masih maintain seperti biasa walaupun tak online. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi datang melawat blog Belalang. Kepada yang wish Belalang selamat pergi dan pulang juga Belalang ucapkan terima kasih.

Kejap-kejap lagi Belalang nak jenjalan membaca blog kawan-kawan. Dua hari ilang sure ade macam-macam story baru. Nantikan kedatangan Belalang Hijau Perisik ke blog anda!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close