Isu Tak Nak Blog Walking Pulak!

Kalau sebelum ni isu mengenai beberapa kerat rakan blogger kita ber blog walk secara auto, kali ni Belalang tertarik untuk memberi pandangan mengenai isu blogger tak nak blog walking pulak.

Mula-mula sekali Belalang tertarik untuk membaca hal ini apabila blog Saya Salah Ka? menulis entry bertajuk Ramai Blogger Dah Malas BW???. Selepas itu dengan tidak semena-mena si Pendekar Berkuda menghunuskan kerisnya lalu bertanya Siapa Blogger Tak Percaya Pada Blogwalking Itu??? Bawa Ke sini~!. Alamak, takutnya dengar. Kang tak pasal-pasal ade yang kena tikam ngan si Pendekar. Hahaha…
Bagi menjawab dua entry itu (walaupun entry tu tak kata pada sape-sape) Belalang mengakui yang sejak kebelakangan ini Belalang memang terlalu jarang melakukan aktiviti rutin harian Belalang di dunia maya ini iaitu blog walking.  Bukan saja tak BW, malah Belalang publish entry pun dah kurang. Terlampau la kurang. Hal ini mungkin berlaku kerana beberapa sebab.
Hal yang pertama ialah kebelakangan ni masa untuk mengadap laptop agak terhad akibat sibuk dengan beberapa perkara. Tambahan pula dua tiga hari ni Belalang giler download movie seperti yang belalang tulis disini, maka Belalang memang akan biar laptop Belalang download movie sampai habis tanpa Belalang mengganggu kelancarannya. Takut sangkut time tengah download. Leceh nak kena start Balik.
Hal yang satu lagi ni pulak ialah akibat Belalang banyak menghabiskan masa Belalang dengan membaca entry-entry ke semua blog yang Belalang singgah. Pastu kalau perlu drop komen akan Belalang lakukan. Bayangkan semua blog yang Belalang singgah akan Belalang baca dulu pastu drop komen. Sudah la masa yang ada sangat terhad. Disebabkan itu maka terjadilah dalam satu hari hanya beberapa blog yang Belalang berjaya singgah dan baca.
Itu la sedikit sebanyak sebab mengapa Belalang tak BW. Bukan pasal merajuk atau fobia dengan isu auto BW (ade jugak sket-sket sebenarnya). Tapi arini rase macam ade semangat pulak nak BW dan update entry. Penutup dari Belalang, nak tanya korang pulak la. Korang terkesan ke dengan kes ABW dulu? Ke korang jugak kesuntukkan masa seperti Belalang? Drop komen sket…
Akhir kata dari Belalang jom-jom kita memeriahkan balik aktiviti blog walking yang kalau dilihat memang seperti hilang meriahnya kebelakangan ini. Dan kepada yang masih takut-takut atau fobia, korang memang patut baca entry Tuan Penasihat (Saya Salah Ka?) dan Pendekar Berkuda supaya korang bersemangat balik untuk BW. Hee
Facebook Comments

Comments are closed.

Close