Contest Birthday Rainbow Cloudy

Belalang tak pasti samada hari ni hari terakhir atau sudah berakhir contest ini. Bukan niat sengaja nak melambat-lambatkan penyertaan ini. Sudah la sibuk, line internet pulak tersangat la membuatkan hatiku kecil ku hangin satu badan.

Syarat-syarat contest ini ialah:-
Komen positif mengenai blog Rainbow Cloudy-
Rain baru tukar template dengan headerkan… Belalang takde nak komen pe. Sebenarnya dalam berblog ada dua perkara yang kita perlu tahu dan sedar. First, jika blog kita memang kita katakan blog peribadi, maka kita tak perlu pun nak dengar kritikan-kritikan orang mengenai blog kita. Biar je. Dah name pun personal blog, so ape masalahnya? Buat la blog tu seperti apa yang kita inginkan. Tak perlu jadi seperti dia, dia atau dia cakap. Kedua blog untuk cari duit. Yang ini memang korang perlu mengambil kira semua aspek keselesaan pengunjung blog korang sebab dah memang niat korang nak cari duit melalui blog kan?
Komen negatif-
Rasenyer tiada apa-apa sebab rasenyer jawapannya tetap sama macam yang Belalang nyatakan di atas.
Nyatakan tarikh birthday-
Err…besday Belalang ke? 30 nov 1983. So pas ni takde alasan tak boleh kasi hadiah ye sebab dah tau tarikh lahir Belalang. Huhuhu…
Kenangan manis atau pahit di hari kelahiran-
Tiada yang pahit semuanya manis-manis belaka…. Tapi nak citer pun tak ingat ape dia… Hahaha
———————————————-
Sebenarnya bukan hadiah yang Belalang kejarkan dalam contest ini. Yang Belalang nak Rain tau ialah Belalang nak ucap selamat hari lahir. semoga Rain akan terus ceria, panjang umo, murah rezeki dan berjaya mendapat apa sahaja yang Rain usahakan.
Semoga pelangi akan terus menyinar dengan sinar keceriaan
Facebook Comments

Comments are closed.

Close