Celcom Broadband: 1 hari 500MB, 1 Minggu 1GB

Sedih betul dengan masej yang Belalang terima dari Celcom malam semalam dimana selepas ini pengguna prepaid broadband tidak lagi mendapat keistimewaan unlimited usage. Mulai 18 Febuari Celcom telah meletakan limit usage dimana jika topup sehari, hanya 500MB limit usage disediakan dan untuk seminggu hanya 1GB.
Belalang kebiasaanya akan topup internet Belalang secara minggu-minggu. Setiap kali topup memang Belalang akan gunakan internet Belalang sebaik mungkin seperti download movie, download mp3, layan youtube, blogwalking dan macam-macam lagi la tanpa sebarang perasaan bimbang, kini nampaknya Belalang perlu menggunakan dengan lebih berhemah line internet Belalang.
Mungkin pas nih movie pun dah akan kurang download (mungkin tak download lansung), blogwalking juga akan dikurangkan dan yang paling penting laptop nih akan punyai masa rehat yang lebih. Sebelum ni kebiasaan bila Belalang tido, Belalang akan tinggalkan laptop ni download movie sampai pagi. Selepas ni mungkin tidak lagi.
Harap Celcom akan pertimbang balik untuk kasi keistimewaan pada pengguna prepaid celcom broadband seperti sebelum ini (macam ye Celcom nak kasi). Hee…
Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pas internet celcom (22)
  • celcom internet mingguan (12)

Comments are closed.

Close