Cadangan Tempoh Perkhimatan PM Hanya Lapan Tahun?

Apa pendapat korang apabila ada yang mencadangkan tempoh untuk seseorang PM berkuasa hanya lapan tahun? Cadangan itu telah dibangkitkan oleh Ahli  Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali.

Pada pendapat Belalang ada baik dan buruknya dengan cadangan had masa itu. Mungkin juga ia bergantung dengan corak pimpinan yang rakyat terima. Dan sekiranya pemimpin itu berjaya memenangi hati semua bangsa dan lapisan rakyat, tiada salahnya tempoh lapan tahun itu boleh dipanjangkan lagi.

Tapi risau jugak kalau-kalau terlalu cepat bertukar-tukar PM, akan merencatkan projek serta cadangan masa panjang sesebuah negara. Port folio menteri-mentri pun mungkin akan selalu bertukar-tukar. Mungkin saja itu semua.

Ini hanya pandangan Belalang yang sangat cetek pengetahuan didalam dunia politik. Mungkin korang ada pendapat korang pulak berkaitan cadangan ini? So, korang bersetuju atau tidak dengan cadangan itu? Sila jangan malu-malu untuk berkongsi pendapat ye…

**Tun. Mahathir juga ada memberi respon dengan cadangan ini. Klik sini untuk membaca padangan Tun.M

Facebook Comments

Comments are closed.

Close