Berniaga Di Medan Citarasa Kulim

Dalam perniagaan kita tak boleh ramal untung atau rugi sesuatu perniagaan yang akan kita jalankan itu kecuali kita mencuba. Kita cuma boleh mencongak dan mengagak bagaimana pulangan perniagaan itu pada masa hadapan. Sebaik-baiknya kita perlu mencuba.
Mukadimah kat atas tu, sebenarnya Belalang nak kasitau korang yang Belalang mungkin akan bertambah sibuk mulai hari ni. Kalau sebelum-sebelum ni Belalang selalu cakap Belalang sibuk, kali ni mungkin akan double sibuk. Sebabnya Belalang baru saja menyewa sebuah tapak bersaiz 10′ x 10′ betul-betul tengah Bandar Kulim.
Seronok juga Belalang untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau sebelum ini Belalang hanya pernah sertai expo yang berjalan sehari suntuk, rasanya Belalang tiada masalah untuk menyesuaikan diri. Cuma mungkin akan sedikit letih sebab terpaksa membahagi masa antara kedai Belalang dan juga gerai ini.
Kalau nak dikira, jauh juga lokasi kedai Belalang dan tapak gerai Belalang sewa ni. Tapi mana nak tau mungkin ini akan lebih memurahkan rezeki Belalang. Tak cuba tak tau kan?
Cadangnya di gerai ini nanti Belalang akan letakan gubahan perkahwinan seperti manisan dan sedikit aksessori  seperti dulang dan bakul untuk disewa. Mungkin juga akan ada dua tiga item lagi yang akan Belalang jual. Semuanya masih dalam perancangan.
Jadi kalau korang ade area-area Kulim, sudi-sudi la datang lawat gerai Belalang ye di Medan Citarasa Kulim. Macam-macam lagi barangan yang dijual disini seperti bundle, cenderahati dan lain-lain. Yang berminat untuk menyewa tapak juga boleh terus datang ke sini. Banyak lagi tapak kosong untuk disewa. Mai jangan tak mai!
Facebook Comments

Comments are closed.

Close