Aziz Che Wah Penipu: Siapakah Dia?

Tiba-tiba pagi tadi Belalang terperasan ada satu kata kunci ‘Aziz Che Wah Penipu’ singgah diblog Belalang. Pelik jugak sebab tak pernah pulak Belalang tulis orang nama sebegini. Sape Aziz Che Wah nih? Nape tiba-tiba ade orang Google nama dia? Mungkin dia seorang yang terkenal, atau kenalan lama orang yang mencari tu. Tapi kenapa pada keyword tu perlu ada perkataan PENIPU?
Atas sebab ingin tahu maka Belalang pun try la cari info mengenai siapakah Aziz Che Wah ini. Nama pun Belalang Hijau Perisik, so kena la buat keje-keje risikan sket. Betul tak? Hee…
Inikah Aziz Che Wah yang dicari?


Mula-mula Belalang bertemu dengan profile Facebook yang bernama Aziz ini. Adakah ini orang yang si pengGoogle itu cari? Kalau betul orang ini, memang nampak macam hebat Aziz Che Wah ni. Patut pun orang cari. Belalang agak Aziz ini seorang yang aktif berMLM berikutan di profile Facebooknya ada link ke satu web bisnes. Tapi apabila di klik, seolah-olah dah expired jer web tuh.
Tak puas hati punya pasal, Belalang Google dan cari lagi sapekah gerangan Aziz nih. Hasil carian di Google, Belalang menemui tiga link yang ada tertera nama Aziz Che Wah dan nama ini ada kaitan dengan beberapa nama bisnes MLM seperti yes2biz.com, Ads4Buck dan Fastrack-inc.com.
Tapi satu perkara lagi yang Belalang musykil adalah nombor telefon yang tertera. Walaupun nama yang sama, tapi nombor telefon bagi setiap bisnes berbeza-beza. Adakah ini menunjukkan yang memang terdapat beberapa orang nama Aziz Che Wah aktif berMLM ataupun itu tetap orang yang sama? Belalang Blur dan tiada jawapan.
Kesimpulan yang dapat Belalang buat ialah Aziz Che Wah ini mungkin telah melakukan sesuatu kepada orang-orang disekelilingnya hinggakan ada yang mencarinya di internet. Siap tambah perkataan PENIPU lagi pada keyword. Korang yang baca entry Belalang ni kenal ke sape Aziz nih? Belalang masih berminat nak tahu siapakah gerangan orang ini. Kalau ada apa-apa info jangan segan untuk drop di bahagian komen ye.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close