Aku Berlaku Curang

Sekali lagi aku menduakan mu… Kalau dahulu aku pernah melakukan perkara ini, tidak susah bagiku untuk mengulangi apa yang pernah aku lakukan satu masa dulu. sedikit pun aku tidak berasa berdosa. Kali ini mungkin untuk selamanya, atau juga mungkin untuk sementara seperti yang pernah aku lakukan.


Ah, manusia semuanya sama. Lagi-lagi janji seorang lelaki. Aku juga seperti itu. Apabila tiada lagi kemanisan yang aku kecapi darimu, aku tinggalkan kau begitu sahaja. Suatu masa nanti apabila aku menginginkanmu maka aku datang lagi. Berjanji seperti  yang pernah aku lafazkan, tidak akan menduakan mu. Sumpah mati akan bersama mu. Itu semua perkara biasa bagi ku…

————————————————-

Hahaha, rilek-rilek… Jangan salah faham dengan perenggan di atas itu. tiada manusia yang akan terluka dalam kecurangan Belalang itu. Tiada yang akan makan hati. Sebenarnya Belalang nak kasitau yang Belalang sekali lagi memadukan Nuffnang. Kalau dulu Belalang madukan Nuff dengan Mangga Ad, Kali ni Belalang madukan dia dengan Adsniaga pulak.

Sengaja mencuba sesuatu yang baru. Tambahan pula buat masa sekarang Belalang seperti tidak begitu di endahkan oleh Nuff. Jadi apa lagi, experimen la dengan iklan baru pulak. Mana nak tau kali ni lagi masyuk ke.

Nantikan review mengenai iklan Adsniaga ini oleh Belalang pada hujung bulan ni ye. Kalau masyuk, boleh la kita pakat-pakat cuba yang ni pulak. Tunggu tau. Tapi kalau tak sabaq-sabaq nak tunggu, apa lagi pi la daftar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close