519 Sedang Online, Belalang Dah Glamour…

Sebenarnya Belalang memang tak pernah menyangka yang blog Belalang betul-betul berguna bagi sesetangah orang untuk mencari maklumat. Belalang banyak juga bermain dengan keyword dan alhamdulillah hingga ke hari ini trafik dari engine carian seperti Google, Yahoo dan Bing banyak membantu perkembangan blog ini.

Lihat pencapaian terbaru blog Belalang, semakin hari semakin meningkat pengguna yang sedang online pada satu-satu masa. Dan ini adalah yang paling tinggi pernah Belalang perasan, 519 orang sedang online. Terus saja Belalang print screen fenomena yang Belalang rasakan sangat bersejarah bagi blog Belalang.

Seronok betul Belalang tengok. Kalau boleh Belalang sangat inginkan saat-saat begini berterusan sampai bila-bila. Tapi Belalang sedar, masih terlalu jauh perjalanan. Masih terlalu beza jika nak disama tarafkan Belalang dan Ben Ashaari, Red Mummy serta beberapa nama besar lagi.

Kalau la benar seramai itu yang sedang online, tiap-tiap hari Belalang tido sambil senyum. Namun apakan daya, itu hanyalah error yang sedang berlaku pada stats counter itu. Hakikatnya yang sedang online takde la seramai tu. Harap-harap satu masa nanti stats counter itu akan memaparkan jumlah 519 yang kali ni betul-betul punya. Bukan sekadar error lagi… Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close