Trafik Dari Matahaw Dan Magik Dari Gnesop

Alhamdulillah, Belalang sudah selamat tiba ke rumah Belalang setelah semalaman berehat di rumah mertua di Baling Kedah. Sejuk dan nyaman jer berada di kawasan yang terpencil itu. Malah time mandi pagi tadi bukan nak cakap tipu la, air kolah punya sejuk sampai rasakan seolah-olah mandi air dari peti sejuk pulak. Hee…

Di rumah mertua Belalang line Celcom 3G tiada. Jadi memang tenet teruk sangat. Belalang hanya buka tenet dan publish komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca-pembaca Belalang. Malah Belalang ada mencuba buka beberapa blog rakan-rakan Belalang, tapi hampeh… Lambat nak mampos.

Belalang terperasan sesuatu perkara iaitu hampir 30% trafik Belalang datangnya dari blog M@T@HaW. Sape M@T@HaW nih? Secara jujurnya Belalang baru saja mengenali M@T@HaW selepas membaca namanya di blog Pendekar Berkuda dan juga Chawi.

Dua hari lepas M@T@HaW datang ke blog Belalang dan menyerahkan friendship award. Selepas Belalang amik dan tempek banner itu di sidebar, bermulalah perkara ganjil yang Belalang katakan. Trafik dari blog M@T@HaW.

Trafik hari ini sebelum pukul 8 malam

Trafik seminggu…

Walaupun baru dua hari berkenalan dengan Matahaw, namun trafik dari blognya sedikit sebanyak membantu blog Belalang. Bagaimana trafik boleh banyak mengalir dari sana? Belalang tiada jawapan. Korang try tanya Matahaw sendiri. Satu lagi kalau korang tengok trafik yang paling banyak ke blog Belalang datangnya dari shoutmix gnesop.com sebanyak 305! Wah, macam ni kene slalu-slalu rajin tinggal jejak di shoutmix Sop la nampaknya.

Walau bagaimanapun Belalang mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua sekali yang sudi datang ke blog Belalang. Tanpa korang tiada la trafik untuk Belalang. Satu lagi sekarang nih Belalang dah jarang membalas jejak di shoutmix kecuali yang betul-betul Belalang kenal. Jadi kepada sape-sape yang baru jer menjejak kaki ke blog Belalang, Belalang cadangkan supaya korang drop komen di entry Belalang je ok. Belalang akan membalas jejak dari situ.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close