Teknik Menghasilkan Tajuk Entry Yang Mesra SEO

Agak blur untuk membuat entry kebelakangan ini. Taip itu tak kena, taip ini tak kena, akhirnya apa pun takde. Fikir punya fikir punya fikir, Belalang ingat nak kongsi satu hal dengan korang berkaitan dengan tajuk entry yang boleh menjadi keyword dan sekiranya permainan keyword ini mengena,hasil carian di enjin-enjin seperti Google, Yahoo dan Bing boleh memaparkan blog anda pada kedudukan page pertama dan teratas.

Blogger yang mementingkan trafik kebiasaan memang akan memainkan isu-isu yang sedang hot dan terkini bagi memenuhi permintaan para pengguna internet yang mahukan info mengenai berita-berita itu. Namun begitu kadang-kala korang mungkin akan tidak mendapat menarik pengunjung ke blog korang walaupun berita atau isu yang korang tulis tu tersangat la hot dan sedang dicari-cari oleh ramai orang. Mengapa hal ini berlaku akan Belalang ceritakan pada bawah entry ini.
Untuk menghasilkan tajuk yang tepat korang perlu menganggap korang sebagai seorang yang sedang mencari bahan atau berita yang korang ingin tulis itu.Sebagai contoh isu gambar Fasha Sandha berbikini yang baru-baru ini sangat hangat diperkatakan. Sekiranya korang peng’Google’, agak-agaknya kata carian yang bagaimana korang akan tulis dalam kotak carian?
a) Gambar Fasha Sandha berbikini, atau

b) Betul ke cerita Fasha Sandha pakai baju bikini je dekat Bali?
Semestinya korang akan taip kata carian seperti (a) Betul tak? Fungsi Enjin carian ialah mencari kata-kata carian yang paling hampir dengan apa yang di taip oleh  si pencari. Belalang beri lagi beberapa contoh dan korang cuba pilih yang manakah tajuk atau kata carian yang betul.
Isu Sosilawati

a) Sosilawati Mati dibunuh dengan kejam

b) Kasihan Sosilawati, tak sangka dia kena bunuh


Isu Bola AFF

a) Malaysia juara piala AFF 2010

b) Tahniah pasukan Malaysia, penantian sekian lama tidak sia-sia


Isu Karam Singh Walia

a) Karam Singh walia Hina Melayu

b) Kurang ajar punya Karam Singh Walia
Macam mana, sudah faham atau tidak? Ok sekarang Belalang akan terangkan mengapa terjadinya tajuk yang ditulis telah betul dan tepat dengan carian orang ramai tapi blog tidak tersenarai pada muka hadapan carian atau berada pada kedudukan yang tidak memberansangkan. Dalam mencari sesuatu isu atau berita, siapa paling pantas dalam mengeluarkan berita itu akan diberi keutamaan oleh enjin-enjin carian. Sekiranya korang lambat, maka sudah tentu susah untuk berada pada kedudukan yang terbaik di page search enjin. Sebab itu la kalau korang lihat blogger banyak yang berlumba-lumba ingin menjadi yang pertama menulis tentang sesuatu perkara yang berlaku.
Faktor kedua pula ialah berkaitan dengan Page Rank (PR) dan juga ranking alexa sesebuah blog. Katakan ada 10 blog yang menulis entry tajuk yang sama, maka enjin carian seperti Google akan memberi keutamaan kepada blog yang mempunyai PR yag lebih baik untuk berada di posisi teratas berbanding yang mempunyai PR rendah atau tiada.
Itu la serba sedikit pengetahuan Belalang mengenai menghasilkan tajuk yang betul dalam penulisan entry. sejujurnya Belalang masih lagi dalam proses pembelajaran tentang hal-hal begini. Namun Belalang rasa penerangan ini masih boleh dijadikan rujukan. Jika ingin menjadi blogger yang berjaya korang perlu rajin membaca blog-blog yang banyak infomarsinya mengenai dunia blog seperti Ariff Shah dan juga Kujie.
Kepada yang memang otai dalam hal-hal macam ni, apa kata korang tambah apa-apa yang kurang pada entry Belalang ini di kotak komen? Boleh juga kita sama-sama berkongsi ilmu tentang dunia blog ni kan. Ok, stop disini dulu. Malam ni mungkin tak online sebab nak balik kampung Mrs.Belalang di Baling.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close