Segmen Entry Terbaik

Aritu Belalang ade buat sedikit survey pasal sambutan mengenai sebarang segmen yang Belalang buat kat sini. Nampaknya ada yang menyokong dan memberi semangat. Terima kasih ye kawan-kawan.

Jadi Belalang nak perkenalkan segmen pertama Belalang yang diberi nama ‘Segmen Entry Terbaik’. Korang kalau nak join meh tengok apa keperluan yang diperlukan untuk segmen ini.

-Buat satu entry bertajuk ‘Segmen Entry Terbaik’ dan jangan lupa tempek banner nih di entry korang.


-Pilih satu entry korang yang dirasakan terbaik dan buat huraian ringkas sket pasal entry tu. Contoh nape korang rase entry tue terbaik atau apa-apalah. Nak lebih dari satu entry pun boleh tapi cuba ringkaskan seringkas yg boleh. Takut nanti orang bosan lak baca panjang-panjang.


-Pastu korang tag pulak mane-mane blogger beserta satu entry blogger tu yang korang suka. Minimum dua orang blogger. Maksimum sukati korang la berapa blogger pun korang nak tag.


-Dah abis korang tolong tinggalkan link entry korang dibawah nih yea. Belalang nak jugak tau sejauh mana segmen nih mampu bergerak.

Itu saja syarat-syarat simple segmen nih. Tujuan segmen nih adalah sambil mempromosi entry korang, korang jugak boleh membantu kawan blogger korang meningkatkan pageviews.

Untuk permulaan nih Belalang nak tag dulu la kawan-kawan blogger Belalang. Mereka ialah:-

Jz Business World
Padin
Pada yang tak moh tunggu kena tag, dipersilakan amik jer terus tag nih. Lagi Belalang suka. Harap korang sudi la support segmen nih yea sebelum Belalang start segmen seterusnya pulak pas nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *