Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Yang Baru

Gambar Dari Google

Tentu kita semua kenal dengan wajah pakcik di atas nih kan? Manakan tidak setiap kali puasa dan raya tentu wajah pakcik ni la yang akan muncul di TV seluruh Malaysia memberi tahu tarikh start puasa dan start raya. andai kata tiada wajah pakcik nih, sure tak puasa dan raya la kita. Selagi dia tak timbul menyampaikan perutusan, selagi tu la masing-masing kita suspen menanti hari bermula puasa atau raya.

Pakcik yang Belalang maksudkan itu ialah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Belalang berani jamin la sesiapa berusia hampir sebaya dengan Belalang membesar dengan Engku Ibrahim. Tapi mulai tahun ini kita tidak akan dapat menyaksikan lagi kelibat Engku Ibrahim menyampaikan perutusan puasa atau raya. Ini kerana Engku Ibrahim telah mulai bersara hari ini (07.01.11) dan akan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, yang akan berkuat kuasa pada 10 Januari ini.

Untuk pengetahuan juga Engku Ibrahim, 79, adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. Semoga Engku Ibrahim akan sentiasa dilimpahi rahmat dan diingati selalu oleh kita semua.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close