Musik Sampai Lupa Diri

ENTRY LAMA YANG DIKITAR SEMULA. ENJOY…

Semalam Belalang lepak dengan kawan-kawan. Memang dah lama tak lepak dangan diorang nih. Semenjak berumah tangga dan dah ada anak nih, memang Belalang jarang bersosial dengan diorang semua. Best je rase. Macam zaman-zaman sebelum kahwin dulu pulak rase.

Bila lama tak jumpa dan lepak sekali, so banyak la cerita kawan-kawan lama (yang memang tak jumpa lansung dah) Belalang tanyakan. pasal mamat tue la, pasal mamat nih la, pasal minah-minah dan macam-macam lagi. Macam-macam cerita ada. Yang tengah planning nak kahwin, yang pegi belayar, pindah dan yang best citer awek mamat nih, mamat sorang lagi dah sapu (potong line la tue).

Tapi dalam banyak-banyak cerita kawan-kawan Belalang, ada satu cerita mengenai dua orang kawan Belalang yang buat Belalang rase sedih dan sampai pagi nih masih lagi memikirkan mereka.

Citer dia macam nih. Al-kisahnye kawan Belalang yang lepak sekali Belalang semalam, Mat (memang name glamour) dah pegi rumah sewa dua orang kawan Belalang gak, Leman dengan Sahak (bukan name sebenar@glamour). Mat saja pegi lepak-lepak tanya kabar diorang. Nak di jadikan cerita Mat masuk je rumah sewa diorang, dia nampak tengkorak kepala kambing atas tv rumah diorang. Kat kepala tengkorak tue plak Leman dengan Sahak letak songkok. Mat nih rase pelik la. Dia pun sound diorang..
.
 “Apsal letak songkok kat kepala kambing tue? tak kan korang sembah benda tue kot?”

Leman dengan selambe jawab…

“Apsal?tak boleh ke?sukati aku la nak sembah apa pun. Selama ni aku sembah Tuhan, tapi aku bukan nampak dia pun”…

Menyirap darah si Mat nih dengar jawapan tue. Lepas hal tue Mat cuba la risik-risik perihal mamat dua orang tue dengan bertanyakan kepada kawan-kawan rapat diorang. Nak tau ape jawapan yang Mat nih dapat?

“Diorang tue dah jadi ‘FREE THINKER’… Tak kan Korang tak tau? Kami pun Dah tak Lepak dengan diorang. Takut sesat same macam diorang”…

Sedih betul Belalang. Belalang kenal sangat dua orang nih. Dulu-dulu slalu jamming sekali. Tapi semenjak band diorang dah ade name dan mendapat perhatian dari bebudak bawah tanah (underground), diorang berubah. Mula menampakkan bunga-bunga yang diorang sudah lupa diri. Dan akhirnya diorang betul-betul dah lupa diri dan agama.

Pesan Belalang, ‘musik, musik juga… Tapi jangan la sampai buang agama’. Dosa yang sedia ada tak tertanggung. Pulak di tambah dengan dosa yang sangat besar iaitu ‘MURTAD’…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close