Keputusan Rasmi DUN Tenang: BN Menang Majoriti 3,707

Calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim berjaya memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang menewaskan Normala Sudirman (PAS) dengan majoriti 3,707. Berikut adalah berita yang diambil dari Sinar Harian.

Seperti dijangka, Barisan Nasional, Azahar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. 


Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 undi dengan majority 3,707 undi manakala peratus perbezaan undi sebanyak 38.22 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini, hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu Md Asri Amir. 


Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, sebentar tadi. 


Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close