Kebaikan Dan keburukan Tidak Menggunakan Shoutbox

Entry Belalang sebelum nih Belalang ada berkongsi mengenai kebaikan dan keburukan shoutbox. Respon yang Belalang terima banyak yang mengatakan kotak jerit lebih kpada negatif dari positif. Bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi Belalang lak kotak jerit perlu bagi seorang blogger baru sementara ia betul-betul mahir dalam SEO dan lain-lain selok-belok dunia blog.

Kali nih Belalang nak senaraikan baik buruk kalau tak pasang kotak jerit lak. Meh-meh korang tengok dan baca. seperti jugak entry sebelum nih, ini hanyalah dari kaca mata Belalang…

Kebaikan
-Tak payah pening-pening kepala nak balas jejak yang mengunjungi blog korang.
-Dah tentu tiada spam dan ayat ‘i dah follow u, follow i balik’… Kuikuikui
-Dah tentu orang akan baca dan tinggal komen pada entry korang. Berkoyan-koyang beb…

Keburukan
-Kaki-kaki blogwalking tentu kurang gemar blog korang sebab tak leh tinggal jejak.
-Seeloknya entry harus kerap update kerana kebanyakan blogger agak malu-malu nak tinggal komen pada entry yang sama banyak-banyak kali.
-Perbualan mesra antara rakan-rakan blogger mungkin agak terbatas sebab agak segan untuk kita berborak pada komen entry.

Itu hanyalah pendapat Belalang. Tapi rasenya jika blog korang ada aura tersendiri, tentu orang masuk jugak. Lagi-lagi kalau korang sangat bijak berkata-kata untuk menambat hati pembaca korang. Sebagai penutup Belalang nak tanya pendapat korang pulak. Ok ke kalau buang shoutbox?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close