Jangan Sia-Siakan Bakat Dan Kepandaian Kita

Sure korang herankan nape pulak arini Belalang publish lirik lagu dan kord gitar? Nak tukar jadi blog musik pulak ke hape Belalang nih? Hahaha… Meh-meh Belalang nak cerita sket kat korang.

Macam mana nak start ek?… Korang setuju tak kalau Belalang katakan setiap dari kita nih dilahirkan dengan bakat dan kebolehan yang tertentu? Ya, kita mempunyai kelebihan dan kepandaian yang belum tentu semua orang ada. Kadang-kadang kebolehan itu boleh diasah melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara.

Contoh macam berblog. Korang rase bab-bab coding dan buat blog nih simple jer. Pejam mata pun boleh buat. Tapi bagi orang yang tiada keinginan atau minat dalam hal-hal blog, sure anggap buat blog nih sesuatu yang susah sangat. Boleh muntah darah tengok coding-coding hape semua.

Seorang yang pandai dalam sains tentu boleh ingat setiap unsur, campuran sebatian hape semua tu tanpa rasa susah sket pun. Tapi bagi yang tak minat sains (Belalang le tu) naik berpinau mata dan otak nih nak amik tau hal-hal semua tu.

Gitar Dan Effect Processor Belalang Yang Dah Berabuk Sebab Lame Tak Main 

Apa yang Belalang maksudkan kita semua ada kelebihan dalam sesuatu perkara dan kekurangan dalam perkara-perkara lain pulak. Dipendekkan cerita Belalang tau yang Belalang sangat mahir dalam bab-bab musik atau intrument gitar. Takde la hebat macam Syam Kamikaze atau Steve Vai. Tapi Belalang tau yang Belalang boleh bermain gitar dengan baik.

Jadi untuk tidak mensia-siakan bakat dan kesukaan Belalang dengan gitar, Belalang merancang mahu berkongsi kord-kord gitar dalam blog Belalang. Ini sebahagian rancangan Belalang untuk tahun ini. Korang yang tak minat musik jangan risau kerana Belalang hanya publish kord dan lirik nih seminggu sekali jer. Kepada yang minat musik lak, korang boleh la gunakan kord-kord yang Belalang kasi nih untuk sesi jamming korang.

Jadi, apa pulak bakat dan kemahiran korang yang boleh dikongsi? Cari dan jangan sia-siakannya ye. Cuba-cubalah berkongsi dalam blog anda. Mana nak tau pembaca anda suka. anda happy pembaca anda pun boleh menambah pengetahuan. Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close