GEMPAR!!! Seribu Orang Bangsa Bawah Tanah Ditemui!!!

Berita gempar dan sangat sahih. Baru-baru ini pihak NASA telah mengumumkan yang mereka menjumpai satu kaum yang tinggal di bawah tanah. Di anggarkan mereka semua seramai 1000 orang dan kebanyakannya masih muda. Terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

Kaum lelaki wajah mereka bermirip sangat kacak dan bergaya maskulin. Sementara wanita pula kesemuanya ayu-ayu dan jelita ya amat. Setakat ini pihak NASA masih belum mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka ini tapi mereka semua dipercayai tinggal dalam keadaan suasana yang harmoni di kelilingi dengan kehijauan dan kehitaman.

Pihak NASA sedang cuba berusaha untuk berhubung dengan ketua puak ini yang kelihatan sangat misteri dengan mengenakan topeng pada wajahnya. Kedengaran jugak ahli-ahli puaknya yang lain memanggilnya dengan nama BELALANG HIJAU PERISIK!

Dijangka pada masa akan datang kaum-kaum mereka ini akan semakin bercambah dan bertambah dengan pesatnya. sekiranya mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka ini, sila tinggalkan ia dibawah entry ini…

**Sebenarnya ini entry nak ucap terima kasih pada kawan-kawan yang sudi follow blog Belalang. Segala cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Diharap anda jangan percaya dengan kewujudan kaum bawah tanah. Hahaha…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • orang bawah tanah (40)
  • berita gempar dunia (37)
  • nasa jumpa makhluk bawah tanah (24)
  • bangsa bawah tanah (18)

Comments are closed.

Close