Facebook: Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25

Gambar dari Facebook Ana Raffali

Seperti yang diduga kemenangan Ana Raffali semalam di AJL, menerima pelbagai reaksi dari peminat muzik tanah air kita. Ada yang menyokong walaupun tidak menduga yang lagu Tolong Ingatkan Aku yang didendangkan Ana Raffali mampu menarik perhatian juri.

Namun disebaliknya ada juga pihak yang mempertikaikan kemenangan anak gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu. Di Facebook page atau group yang diberi nama KAMI TIDAK BERSETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL 25 telah mula diwujudkan.

Melalui pemerhatian Belalang, page itu seperti telah ditutup berikutan mendapat tentangan daripada peminat Ana Raffali. Pendapat Belalang tak usah dipertikaikan kemenangan itu kerana sudah jelas bahawa Ana Raffali layak untuk dinobatkan sebagai juara.

Klik sini untuk melihat biodata Ana Raffali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close