Dia Bukan Penduduk Bawah Tanah?

Entry Belalang kemarin yang bertajuk seribu orang bangsa bawah tanah ditemui, telah berjaya membuat pembaca tertanya-tanya dan menyangka sesuatu sebelum membaca entrynya. Namun apabila sudah membaca, baru la korang tau yang sebenarnya Belalang nak kasitau yang follower blog bawah tanah telah cukup seribu. Hee…

Hingga ke saat entry ini ditulis, jumlah itu terus meningkat dan meningkat. Memang terharu la melihat perkembangan itu. Bagi korang yang terlebih dahulu melebihi angka 1000, tentu tak rase ape-ape. Yela, sebab antara kawan-kawan blogger yang belalang selalu singgah kebanyakannya follower dah lame mencecah 1000. Ade yang 2xxx dan ade jugak yang sudah 3xxx. Hebat betul kawan-kawan Belalang ni kan.

Pagi tadi Belalang balik ke rumah sekitar pukul 3 pagi. Nape lewat sangat? jawapannya ini kerana ialah Belalang mendapat anak saudara yang baru. Kakak Belalang selamat melahirkan baby gurl pada pukul 2.30 pagi tadi. Ramai dah anak saudara Belalang. Dah tak ingat yang keberapa. Ini adalah cahaya mata yang ketiga bagi keluarga kakak Belalang, kakak yang nombor 2.

Jadi kepada kakak ku, tahniah ye sebab telah selamat bersalin dan meramaikan umat nabi Muhammad S.A.W. Dan kepada korang-korang pulak, selamat bersantai dihari minggu nih.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close