Dia Adalah Seorang Syuhada

Pada penghujung tahun 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel. selepas 100 hari kematiannya, 18 Februari 2002, ahli keluarga dan ramai orang menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk diperbaiki. Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu ialah abang Muhammad Raihan, iaitu Jaafar.

Sebaik saja membuka kubur adiknya Muhammad, Jaafar dan seluruh tetangga yang berada di kawasan itu terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan. Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Bunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih utuh, malah tubuhnya masih lagi hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sdang tidur dengan nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dbaluti kain kapan itu.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu “Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian luar biasa iitu.”

Lebih daripada itu, mereka juga turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu. Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji Ilahi.

Artikel ini dipetik dari mjalah Mastika.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close