Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

Nampaknya dah ramai yang semakin jelas dan tahu bagaimana penipuan blogwalking dilakukan. Bagus. Mulai sekarang kita sudah boleh manjadi blogger yang sedikit bijak dengan perkongsian ilmu yang tak seberapa dari entry Belalang dan Pendekar sebelum ini.

Pendekar masih lagi meneruskan misinya membongkar hal ini hingga ke akar umbi. Belalang sangat-sangat menyokong dengan pendedahan yang dibuat oleh Pendekar. Perkara ini memang perlu ada seorang yang mulakan tentangnya supaya blogger-blogger lain sedar. Supaya kita tidak terus dibodohkan oleh mereka.

Isu yang panas satu masa dulu, kembali sejuk dan seolah-olah dilupakan. Namun apabila orang seperti Pendekar bersuara, barulah hal ini bangkit kembali. Dan tentangan kali ini nampaknya lebih dasyat dari tentangan yang berlaku lama dahulu.

Kepada yang menggunakan software ini dan anda baru tau bagaimana fungsi software itu, Belalang sarankan jangan diguna lagi software itu. Buat la satu permohonan maaf dan penerangan yang jelas supaya anda tidak terus rugi dengan hal ini. Lepas itu biar pembaca yang tentukan samada akan terus mengunjungi blog anda atau sebaliknya. Belalang tau ada blogger-blogger baru yang gunakan software ini tanpa tau bagaimana kesannya kepada blogger lain.

Kepada Pendekar, teruskan usaha mu itu sahabat. Sesuai dengan nama lu bro sebagai Pendekar. Belalang support jer lu sebab Belalang tau lu ada point yang betul dan memang lu di pihak yang benar. Semoga berjaya kawan.

** Kalau korang ada drop komen dan Belalang lambat publish, sori ye. Arini bz sket. Nak kemas umah dan gotong-royong sket. Terima kasih sudi singgah blog Belalang ye.






Entry Sebelum berkaitan –


Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close