Blog Walking: Mereka Menipu!

Mengapalah Belalang ni terlalu baik hati? Mengapa Belalang tak lakukan perkara ini awal-awal dahulu? Bukannya tak tau macam mana nak detect trafik betul atau tipu. Tapi sikap terlalu mempercayai sesama blogger yang ada dalam diri Belalang telah memakan diri sendiri.
Belalang memang tak sangka yang begitu ramai menggunakan cara kotor dalam mencari trafik mudah. Kemarin Belalang mengambil sedikit masa untuk meneliti setiap jejak yang ditinggalkan di shoutmix Belalang. Hasilnya Belalang berjaya mengesan begitu banyak blogger yang menggunakan cara kotor mencari trafik.
Ada sesetengah blogger tu yang Belalang memang tak sangka langsung dia guna kaedah itu sebab nama blognya memang gah dalam dunia blog sekarang nih. Bila di fikir-fikir balik, malu la dengan entry yang blogger itu pernah buat dimana menunjukkan trafiknya begitu hebat setiap hari.
Mulai hari ini Belalang akan lebih berhati-hati dengan setiap masej yang Belalang terima di shoutmix. Kepada yang tidak jujur ini, hentikanlah mencari trafik begitu. Tak berkat duit iklan yang korang terima dengan lakukan perkara begini. Jangan sampai ke tahap Belalang dedahkan semua nama-nama korang yang menggunakan cara salah dalam blogwalking ini!
Terima kasih pada sahabat Belalang yang menyedarkan Belalang akan berleluasanya perkara ini. Sape kawan Belalang tu? Klik sini untuk ke blog dia.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close