Belalang Nak Tukar Kerjaya

Masih kisah berkisarkan tentang balik ke kampung baru-baru ini. Sejak kebelakangan ni ayah mertua Belalang punya la rajin memotong getah. Kalau dulu hanya adik ipar yang selalu menoreh ayah hanya sekali-sekala, sekarang boleh dikatakan hari-hari mereka akan ke kebun bersama-sama.

Manakan tidak, pendapat mereka dari menoreh getah tiga hari boleh mencecah hingga RM600! Banyak tu. Kalau area-area Belalang tinggal nih, dah nak sama dengan gaji kerani Am biasa sebulan. Tapi ini RM600 hanya untuk tiga hari. Agak-agak sebulan banyak mana la income si penoreh nih.

Belalang pun mula la terpikir, kalau la Belakang umah aku yang sekankang kera tu boleh ditanam pokok getah, mau jer Belalang buat. Busuk pun busuk la janji masyuk. Jiran nak bising pun tak heran. Siap Belalang ajak diorang motong sekali. Hahaha…

Tapi apakan daya. Tinggal di kawasan perumahan taman mana la nak ada tanah sangat. Yang ada tu buat tanam pokok cili dengan serai boleh la. So, kepada yang keje menoreh tuh, rajin-rajin la turun menoreh sementara harga getah tengah mahal. Pastu hasil dari jualan tu simpan untuk kegunaan masa depan. Sekarang harga getah tengah mahal. Esok-esok kalau merundum jatuh, sekurang-kurangnya simpanan masa senang aritu ade lagi. Betul tak?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close