Belalang Juri Template Tercantik Oleh Gayah Spears

Baca tajuk atas tu pun korang dah tau yang entry nih nak mengisahkan yang Belalang telah diberi kepercayaan oleh cik Gayah Spears untuk menjadi salah seorang juri bagi pertandingan domain giveaway template tencantik. Fuh! macam tak caye jer… Hee…

Pada mulanya Gayah memilih pemenang berdasarkan undian atau voting dari blogger-blogger sekalian alam.Namun setelah terjadinya beberapa ensiden yang agak kontroversi, maka syarat pemilihan pemenang telah ditukar dengan menggunakan khidmat juri.

Secara jujurnya Belalang anggap ini sebagai satu penghormatan oleh Gayah kepada Belalang. Yela, jika dilihat antara Belalang dan Gayah, semestinya kebanyakan blogger lebih mengenai Gayah berbanding Belalang. Belalang berharap dengan terpilihnya menjadi juri, Belalang dapat berkenalan dengan peserta-peserta pertandingan yang mungkin ada yang masih Belalang belum pernah berkenalan.

Pada korang yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, amat la dialu-alukan. Ini kerana tarikh tutup pertandingan adalah pada 26/01/2011. Jom la kasi meriah. Hadiah domain free woo~ jom cepat jangan terlambat! Klik sini untuk melihat syarat pertandingan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close