Banjir Di Kelantan: 8 Buah Sekolah Tidak Dapat Mulakan Sesi Persekolahan

Nampaknya ada sekolah-sekolah di Kelantan yang terpaksa menangguhkan sesi persekolahan yang akan bermula esok (hari ini) kerana banjir masih belum surut serta jalan untuk kesekolah di takungi air. Dibawah ada berita lengkap yang Belalang ambil dari Utusan online.

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengumumkan lapan buah sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan esok disebabkan banjir.


Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata, lima sekolah terbabit adalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.


Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.


Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan.


Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.


Hussain berkata, keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah ditenggelami air menyebabkan terputus hubungan. – Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close