Baik Dan Kejamnya Nuffnang Kepadaku

Carian Google

Korang masih ingat  tak baru-baru nih Belalang ada buat satu entry yang bertajuk perkara yang jarang-jarang berlaku. Dalam entry tu Belalang ceritakan bagaimana Belalang memperolehi trafik luar biasa hingga 1500 uv dalam masa satu hari sahaja hasil daripada mainan keywords yang mengena.
Disebabkan trafik yang begitu tinggi, Nuffnang yang sayangkan Belalang telah memberi imbuhan kepada Belalang hampir ke RM30. Seronok betul Belalang time tu. Siap dalam hati punya puji Nuffnang berbakul-bakul.
Tapi senyuman diwajah Belalang tak kekal lama. Manakan tidak, keesokkan harinya apabila Belalang check account Nuffnang, 2 daripada kempen yang sedang berjalan telah menjadi metered earning (ME). Pastu selang beberapa hari lagi satu iklan BE Belalang menurut jejak langkah iklan-iklan yang lain untuk bertukar menjadi ME. Sekarang Belalang hanya ada 1 BE yang masih lagi setia menemani Belalang dalam kegelapan nih.
Belalang berharap jugak dalam masa terdekat ini akan dapat iklan baru. Tapi sampai ke hari ni still satu jer BE yang lekat. Oh, Nuffnang mengapakah ini berlaku? Ape tak cukup syarat ke blog nih? Rasanya trafik SBT maintain jer. Pageviews jugak masih ok. Ntah la…
Harap-harap ada la iklan baru yang akan lekat di blog ini nanti. Jangan semua BE hilang sudah…
Facebook Comments

Comments are closed.

Close