Bahana Copy Paste Entry

Kelmarin petang Belalang ade buat satu entry mengenai kematian seorang pramugari MAS disini. Agak hot entry itu kerana hampir setengah dari pelawat blog Belalang kelmarin datang dengan keywords kes tuh.

Dipendekkan cerita dalam pukul 1.50 pagi tadi, sekali lagi Belalang berkunjung k Berita Harian Online. Alangkah terkejut beruknya Belalang apabila melihat tajuk ini…

Tajuk mula-mula tadi dah bertukar?

Abis tuh, ape yang Belalang copy kemarin tuh tak betul la? Tak puas hati punya pasal Belalang try Google tajuk tuh sebab time Belalang search semalam, nampak macam ramai jugak yang tulis pasal hal tuh. Agak bernasib baik Belalang sebab Belalang telah bertemu dengan link yang Belalang copy dari Berita Harian. Nak tau apa yang tulis bila Belalang klik? Tengok bawah nih…

Hampeh… Betul la berita tuh dah dibuang oleh Berita Harian

Tak pasal-pasal Belalang dah jadi pembawa khabar angin. Nampak tak begitu tak eloknya copy paste nih. Ingat ke copy dari surat khabar nih sumber yang leh percaya. Last-last diorang pun tak betul dalam menyampai berita. Kalau korang nak baca berita yang dibetulkan tu,klik sini.

Jadi kepada sesiapa yang baca blog Belalang pasal hal tuh, Belalang mintak maap yer. Takde niat langsung nak bawak berita tak betul tuh. Sori ye semua…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close