Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?

Sebelum ni Belalang dah publish satu entry pasal blogwalking tipu. Klik sini kalau korang nak baca. Dari komen-komen yang Belalang terima banyak jugak yang tak paham apa yang dikatakan tipu tuh? Tipu disini bermaksud trafik satu hala. Blogger ni datang blog kita, kita tak dapat apa-apa trafik. Tapi jika kita membalas kunjungan blogger nih maka blogger itu akan dapat trafik dari kita. Sangat tak elok bukan?

Hal nih sebenarnya pernah menjadi isu satu masa dulu. Mungkin blogger-blogger baru banyak yang tak tau. Ok sini Belalang akan cerita kan sket pasal hal nih. Sebenarnya ada sesetangah blogger yang menggunakan software untuk blogwalking. Name software tu ialah auto blogwalking. Software nih membolehkan si penggunanya meninggalkan jejak di merata-rata shoutmix atau shoutbox tanpa perlu melakukan blogwalking seperti yang biasa kita lakukan. Dengan software nih si pengguna hanya perlu tulis ape-ape komen yang dia nak tulis, lepas tu masukkan list url blog yang nak ditinggal jejak tu, masukkan sebanyak mana pun boleh. Bila dah puas hati klik satu button dan automatik robot software nih akan pegi cari shoutmix dan shoutbox url blog yang telah di listkan oleh pengguna itu.

Salah satu lagi cara ialah seperti yang diterangkan oleh pendekar di blognya. Klik sini kalau korang nak baca satu lagi cara penipuan itu. Pendekar siap buat satu entry khas bagaimana nak atasi masalah itu disini. Pendekar juga ada listkan sebahagian nama-nama blogger yang blogwalking cara tidak jujur itu disini.

Ok sekarang Belalang nak terangkan bagaimana Belalang kesan blogger yang guna software nih. Caranya agak leceh dan makan masa tapi apa nak buat, kita terpaksa juga buat sebab banyak sangat dah blogger yang guna cara mudah untuk cari trafik sekarang nih. Cara yang Belalang maksudkan ialah check i.p address sesiapa yang tinggal jejak di shoutmix/shoutbox/cbox kita.

Korang perlu check i.p itu di shoutmix korang. Pastu dengan gunakan getclicky atau histats, korang check sekali lagi samada i.p itu betul-betul di detect oleh getcliky atau hitstats. Pening ke? Takpe, takpe Belalang dulu pun macam tu jugak. So Belalang sediakan gambar supaya korang boleh lebih cepat paham.

I.P yang ada di shoutmix

Mengesan I.P melalui getclicky

Sepatutnya diantara jejak Datin Ellis dan Ellen perlu ada i.p si transformer 3 tuh. Tapi dimana? So sekarang korang dah pahamkan. Last Belalang nak pesan jadilah blogger yang bijak. Win-win situation lebih bagus daripada hanya nak menang pada diri sendiri saja. Ingat, dunia blog Malaysia bukan besar mana pun. Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama jugak… Emmm…

**Kalau korang belum ada getclicky atau histats, klik jer pada nama tu kat atas yang warna ijau tu k…

Entry Berkaitan –


Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

Facebook Comments

Comments are closed.

Close