Apakah Gerangan Hal ini?

Belalang kompius la. sejak kebelakangan ni makin kerap pulak komen-komen begini Belalang terima. Nak kata spam bukan. Nak kata komen ikhlas pun bukan. Korang pun selalu ke terima komen-komen macam ni?

Ini bukan spam kan? Kalau spam dah tentu ada dengan link ape semua. Ini dia hanya gunakan nama anon, pastu komen macam copy paste. Selalu jugak perasan ayat yang sama tapi di entry yang berlainan.

Jadi Belalang nak tanya la korang-korang yang ada info tentu hal ini. Apa motif orang (orang ke?) tinggal komen-komen macam ni? Apa kelebihan yang dia dapat? Kalau kita publish ada efek tak pada blog kita? Jawap jap, jawap jap…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close