Akhirnya Pertemuan itu Menjadi Nyata…

Sape sini masih ingat dengan entry Belalang yang bertajuk reunion? Entry dimana Belalang ceritakan Belalang sedang mengusahakan untuk membuat perjumpaan rakan-rakan kolej Belalang setelah enam tahun (rasenyer tujuh tahun) masing-masing membawa haluan dalam membina hidup. Ada yang masih lagi dapat dihubungi dan ada jugak yang lepas abis study tak dengar cerita lansung sampai sekarang.

Alhamdulillah kemarin 01.01.2011 reunion itu berjaya jugak diadakan walaupun tidak semua dapat hadir memeriahkan perjumpaan itu. Kelas Belalang yang seramai 24 orang pelajar, hanya 7 orang yang datang termasuk Belalang. Maisng-masing datang dengan pasangan suami/isteri dan tunang.

Pada mulanya Belalang memang dah putus harapan dengan reunion nih. Manakan tidak perancangan dilakukan selama enam bulan. Pada mulanya masing-masing memberi respon positif. Tapi semakin hampir tarikh reunion, semakin ramai pulak yang tarik diri. Nasib baik la ada sorang lagi kawan Belalang yang mencadangkan supaya teruskan juga reunion kali pertama ini.

Tempat perjumpaan kami adalah di Megamall Pacific Prai. Masa perjumpaan adalah pada pukul 3 ptg. Tapi Belalang dengan Mrs. Belalang sampai di sana pada pukul 4.30 ptg. Berjanggut member-member kene tunggu. keh keh keh… Program kami pada petang itu adalah main boling. Memang nostalgialah. Dulu sini memang port kami satu kelas lepak main boling. Lepas abis kelas jer sure datang main. Boleh dikatakan dalam seminggu 2 atau 3 kali akan datang main boling. Masing-masing memang giler boling. Hee…
Agak terer Belalang main boling petang tu walaupun lame tak main. Dua game kami main, dua-dua game Belalang dpt point 140 ke atas. Salah sorang kawan Belalang sediakan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada kami. Hampir ke pukul 7.30 mlm kami pun beredar membawa haluan masing-masing.
Wajah Belalang tanpa topeng. Agak2 mane satu? hee…

Pada pendapat Belalang reunion kali pertama ini adalah berjaya walaupun tak ramai yang hadir. Kami tetap happy dan enjoy. Masing-masing bercerita life sekarang sambil-sambil di selang-seli dengan kisah-kisah zaman study dulu. Antara topik yang panas pada petang itu adalah hal kemalangan kawan baik Belalang (rujuk entry ni) dan perkahwinan kawan sekelas kami dengan lecture kelas, yang nih paling panas. Sebelum berpisah, kami sempat berjanji untuk membuat satu lagi reunion dan harap kehadiran reunion kali kedua akan lebih ramai.  Harap-harap akan menjadi nyata la perjumpaan kali kedua nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close