A Rahman Karim, Bekas Pengurus Hoki Kebangsaan Maut Nahas

PONTIAN: Bekas pengurus skuad hoki kebangsaan 1996, A Rahman Karim, 67, terbunuh akibat parah di kepala dan leher selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 66.7, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini, berhampiran rumahnya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa dipercayai terhumban pada cermin depan Proton Iswara Aeroback yang merempuh motosikalnya sebelum terjatuh atas bonet kenderaan berkenaan.
Anak ketiga mangsa, Shahrul Izwan, 30, berkata, dia yang tinggal di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, bergegas pulang sebaik dihubungi ibu tirinya yang tinggal bersama bapanya di Parit Tiga, Kampung Api-Api, di sini.

**Sumber Harian Metro.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close