Siapa Yang Patut Disembah?

Suatu ketika, seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim “Bukankah air dapat memadamkannya?”


Raja: Kalau begitu, kenapa kau tidak menyembah air?


Nabi Ibrahim: Bukankah awan yang mengandungnya lebih kuat?


Raja: Jika demikian, sembahlah awan!


Nabi Ibrahim: Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.


Raja: Kalau demikian, engkau sembahlah angin!


Nabi Ibrahim: Manusia yang menyedut dan menghembuskannya lebih kuat daripada angin. Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yang wajar disembah adalah yang mencipta semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala isinya.

**Sekadar renungan dihari jumaat. Selamat menunaikan solat Jumaat…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close