Selamat Tinggal Bawah Tanah

Selamat tinggal bawah tanah. Setelah lama melepak dibawah tanah ditemani imej-imej manusia dari bawah tanah, kini Belalang mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka-mereka itu.

Sebenarnya dah lame nak tukar template nih. Tapi disebabkan tiada idea dan malas, maka niat tue tertangguh begitu saje. Petang kelmarin ntah semangat kesukanan ape yg dah merasuk Belalang, terus saje Belalang continue design balik template yang tertangguh sebelum nih. Hasilnya seperti yang anda lihat sekarang.

Ini adalah kali ke-3 Belalang menukar template. Sebetoinya Belalang cukup malas tukar template sebab bila tukar, segala meta tag, coding-coding mcm google analytics semua nak kena letak balik. Leceh arr, sebab nak kene tengok satu-satu code-code html. Tapi bila mengenangkan demi kebaikkan blog SBT, Belalang buat jugak sambil memaksa senyuman dimuka… Huhuhu…

Disebabkan template nih masih terlalu baru, jadi masih banyak bahagian yang perlu di touch up. Jadi Belalang nak minta bantuan kawan-kawan sket. Nak tanya apa lagi yang perlu Belalang beri perhatian pada template nih? Korang drop komen kat bawah nih yea. Sekiranya perlu, Belalang akan terima cadangan anda. Tolong ye. Kita kawan kan? Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close