Selamat Datang 2011

Kejap lagi tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita dan tahun 2011 pula akan kita harungi selama 365 hari. Tahun 2010 banyak menyimpan cerita suka dan duka tak kira la samada personal atau isu-isu negara. Entry ni Belalang nak story sket mengenai perjalanan blog SBT dan perancangan tahun 2011.

Performance 
Seperti yang kebanyakkan sedia maklum, blog SBT telah diwujudkan pada tahun 2009. Namun disebabkan Belalang membuat blog tanpa guide atau bimbingan dari sape-sape, jadi blog SBT memang tak begitu aktif. Hinggalah Belalang menemui web gengblogger.com pertengahan tahun 2010. Disini la baru Belalang tau ape itu ping entry, blogwalking, keywords dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan blog. Selepas itu baru la Belalang aktif berblog hingga sekarang. Menggunakan [dot] com untuk menampakkan yang Belalang serius dalam berblog.

Template
Sepanjang tahun 2010, Belalang telah menukar template SBT sebanyak 2 kali. Template yang Belalang gunakan sekarang nih masih lagi dalam peringkat percubaan. Ada beberapa komen dan problem yang Belalang detect pasal template nih. Tapi tak la serius sangat. Ada perkembangan positif dengan template baru ni dimana Belalang lihat banyak juga keyword seperti suarabawahtanah.com, Belalang Hijau dan Belalang Hijau Perisik telah di google oleh reader.

Penulisan Dan Entry
Masih lagi mencari identiti dan style yang sesuai dengan Belalang. Entry lak memang rojak abis. Belalang tulis jer ape yang Belalang rase nak tulis.

Perancangan
Kebiasaannya entry Belalang pada hari Jumaat berkaitan dengan hal-hal keagamaan, hari Ahad entry yang santai sementara hari-hari yang lain entry rojak. Untuk tahun 2011, Belalang ada beberapa cadangan seperti menulis sesuatu yang memberi info mengenai hal-hal yang berkaitan dengan negeri kelahiran Belalang iaitu Kedah. Namun masih lagi dalam proses timbang baik buruk hal ini.

Belalang harap 2011 akan memberi sedikit luck pada blog SBT. Mungkin boleh setaraf atau memberi saingan dengan beberapa blogger yang menjadi idola Belalang. Hebat betul impian. Tapi kalau tiada impian macam mana mimpi nak jadi nyata ye tak? Kepada kawan-kawan yang sentiasa support blog SBT, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Kalau tiada yang menyokong dah tentu la susah untuk sesebuah blog itu berkembangkan menjadi yang terbaik. Jadi hargai la reader-reader kita ok. Sempat lagi berpesan. Hahaha…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close