Segmen Jom Berkenalan

Belalang telah di tag oleh sahabat baik Belalang iaitu ciktom [dot] com (siap promote lagi nih ciktom) untuk turut serta memeriahkan segmen jom berkenalan yang di ilhamkan oleh saudara Cikgu Akim. Meh kita lihat soklan-soklannya dibawah ini:-

-Apakah status anda?
Rasenyer sape-sape yang selalu singgah dan baca entry Belalang sudah sedia mengetahui yang Belalang telah berkahwin dan mempunyai sorang puteri yang sedang menginjak ke usia 2 tahun.

-Ceritakan tentang diri anda
Belalang Hijau anak jati Kedah, tinggal di Kulim. Anak last daripada 4 adik beradik. Suka sangat makanan yang berasaskan ayam…nyam,nyam…

-Ceritakan tentang blog anda
Suara Bawah Tanah adalah sebuah blog peribadi dimana segala mak nenek cerita dirojakkan sekali. Walaupun usia blog ini menjangkau setahun lebih, tapi yang sebenar-benarnya Belalang mula aktif berblog sekitar bulan Mac tahun ini. Itu pun nasib baik Belalang kenal dengan gengblogger.com. Kalau tak mungkin sampai sekarang SBT masih lagi seperti hidup tak mau mati segan. Hee…

-Apakah pandangan anda tentang dunia blog?
Belalang rasa dunia blog mmpunyai auranya tersendiri. Contoh macam blogger-blogger politik yang mencurahkan pandangan mereka tentang corak pemerintahan negara hinggakan kerajaan sentiasa juga memantau blog-blog ini kerana kadang-kala teguran mereka itu ada benarnya. Selain itu dunia blog mampu jadi lubuk duit bagi yg tau cara-caranya. Hahaha…

-Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak wat blog
banyakkan membaca dan peka dengan keadaan sekeliling. Saling hormat-mnghormati sesame rakan blogger. lagi satu, kalau nak pilih widget pastikan yg betul-betul perlu dan sesuai je yea…

-Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda
Kalau dulu sebelum Belalang tukar template mungkin faktor keseraman menjadi blog Belalang unik. Tapi semenjak tukar template baru nih tak tau la pulak ape dia. Warna ijau kot? Unik ke? ntah…

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Belalang akan berblog hingga…err… tak pernah terpikir pulak hal nih. Selagi jari terdaya menaip, selagi otak fail belum korup rasenyer. Impian lak nak jadi salah sorang blogger yang ada x-faktor tersendiri seperti Ariff Shah, Ben Ashaari, Red Mummy dan Hanis Zalikha… Besar betoi impian ku ini… huhuhu

Belalang nak tag segmen nih kepada:-
Kisah 69
Han
Afiq Bukhari

Yang kena tag, buat tau jangan tak buat. Segmen nih hampir menyamai dengan tag ‘identiti blogger yang hilang’ yang Belalang pernah buat dulu. Jadi sape-sape yang rase masih belum cukup kenal ngan Belalang, sila la baca tag tu di sini ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close