Saya Belalang, Saya Ok!

Uik, Dengar macam kontroversi tajuk entry belalang nih kan? Sebenarnya kebelakangan ni mana-mana tempat Belalang pegi, tengok ramai berbincang pasal video pengakuan gay yang berani mati tuh ‘Saya gay, saya ok’. Jadi Belalang pun saje je guna ayat lebih kurang macam dia sebab nampak macam ok jer ayat tue… Hahaha…

Belalang tengah terfikir untuk buat beberapa segmen dalam blog Belalang. Tapi masih lagi fikir ape kelebihan dan kekurangan segmen yang Belalang nak buat tu. Dalam perancangan sekarang ada dua benda yang akan Belalang buat. Satu Belalang nak buat satu segmen yang menguntungkan untuk semua-semua blogger. Dan satu lagi segmen Belalang tu akan membantu mereka-mereka yang menjual produk. Tak kira la produk pe pun janji yang halal. Tolak arak ngan benda-benda lucah jer.

Rase-rase korang kalau Belalang buat segmen macam kat atas tu korang akan support Belalang tak? Ke korang ade ape-ape idea bernas dan menarik untuk dikongsi dengan Belalang? Tolong kasi pendapat dan apa-apa pandangan mengenai idea Belalang tu. Nak tau jugak ape kata kawan-kawan blogger. Tolong Belalang ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close