"Sapa Pulak Tutup Suis Nih!!!"

Macam-macam perangai betul la Belalang Jr. sorang nih. Perangai dia makin besar makin menjadi-jadi. Nakal sangat. ade je benda yang dia nak explore dan buat. Korang nak tau dia buat ape hari nih? Haa, meh Belalang story mory sket.

Siang tadi lepas lunch Belalang, Mrs. Belalang kuar pegi renew lesen kedai di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Bandar Sunway Butterworth . Adik ipar Belalang pun ikut jugak. Dia tolong jaga Belalang Jr. sementara Belalang ngan Mrs.Belalang berurusan dengan pegawai SSM. Punya la ramai orang. Yang baru nak tubuhkan syarikat la, yg nak renew jugak, yang nak bukak cawangan baru dan bermacam-macam dan lagi.

Dipendekkan cerita Mrs.Belalang duduk le dimeja pegawai yang kasi borang untuk renew. Lepas abis isi pegawai nih akan check dulu borang yang kita isi. Jika dia tengok takde ape-ape kesalahan, baru leh amik nombor dan tunggu dihadapan kaunter.

Pegawai nih pun tak menang tangan melayan karenah pelanggan yang datang. Kejap cakap ngan orang tue, kejap layan amoi sini pulak, kejap toleh tengok Mrs.Belalang isi borang. Memang kesian gak tengok dia, nada suara nih macam biasa le, kejap lembut kejap tinggi dan kejap ramah (letih woo layan ramai-ramai orang). Selepas orang dah agak reda bertanyakan soalan, pegawai tu pun pusing la nak guna komputer dia.

Tiba-tiba pegawai tu marah-marah tanpa sebab. Dia terus bangun dari kerusi dia, berjalan ke arah Mrs.Belalang dan terus memetik suis yang menghubungkan komputernya yang telah dimatikan! Sambil berjalan Belalang sempat gak dengar dia ngomel…

“Sapa la yang pi tutup suis nih! Tak dak keja betoi! Nyusahkan orang… Bla bla bla…”

Mendengar pegawai tu marah-marah, Belalang dah sengih sorang-sorang dah. Lebih kurang 1 jam pastu settle keje renew lesen. RM120, 90 untuk renew dan denda lewat renew, 30 lagi untuk pertukaran alamat premis.

Masuk dalam kereta Belalang pun cerita la pada Mrs.Belalang. Sebenarnya Belalang rase suis tue telah dimatikan oleh Belalang Jr. sebab sebelum tu memang dia yang main-main kat situ. Lagi satu itu memang hobi dia kat umah nih. Pantang nampak suis, sure gatai tangan nak main.

Kami pun masing-masing gelak sakan la. Nasib baik pegawai tue tak tau orang yang prank dia tu Belalang Jr. Kalau tak mau nyer dia carut sakan kat Belalang ngan Mrs.Belalang… Hahaha…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close