Rupanya Ada Khabar Angin Yang Nik Aziz Meninggal Dunia

Baca berita Utusan online kejap tadi baru Belalang tau yang ada khabar angin yang mengatakan Nik Aziz meninggal dunia. Marah betul Nik Aziz dengan khabar angin itu hingga mengatakan dia tidak akan mengampun dosa orang yang menyebarkan fitnah itu selagi orang itu tidak memohon maaf dengannya.

Sebelum ini memang Nik Aziz ada mendapatkan rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat sakit pinggang.

Jadi kepada sesiapa yang menyebarkan berita fitnah tu, cepat-cepat la pegi mintak maap dengan Nik Aziz ye. Kang sampai ke mati Nik Aziz tak maafkan. Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close