Rambut Lagi!

Tensen betul la… Kebelakangan nih Belalang selalu terkena dengan hal ini. Rasanya macam dah lebih dari empat lima kali dalam jangka waktu yang hampir. Apa yang Belalang melalut nih? Ha, meh rapat-rapat sket Belalang nak ajak gosip cerita…

Belalang nih hampir setiap hari makan di kedai makan. Kebiasaannya jika Mrs.Belalang tak masak, sebab letih membuat hantaran atau melayan karenah pelanggan di kedai memang Belalang tak akan suruh dia masak sebab kesian dan tau Mrs.Belalang letih. Kebiasaanya juga Belalang jarang singgah ke kedai makan yang sama. Saja-saja nak merasa masakan lain-lain kedai.

Walaupun rasa masakan kedai-kedai makan ni berbeza-beza, tapi ada satu yang sama diantara kedai-kedai makan nih baik yang sedap atau pun tak sedap, baik kedai masakan tomyam ataupun nasi kandar. Apa yang samanya?

Makanan yang Belalang pesan, kerap kali Belalang menemui helaian rambut dalam masakan! Kadang-kadang tu dah makan sampai nak abis, tinggal untuk yang last suapan tengok-tengok dalam pinggan ada rambut. Aduh, memang potong selera. Tapi kebiasaannya Belalang makan jugak walaupun hati dah tak berapa best. Tapi kalau kena pada mama Belalang, memang dia tinggal macm tu jer makanan tu.

Nampak sangat diorang(kedai makan) tak menjaga mengenai kebersihan. Tukang masak tu dah tau rambut panjang, ikat la. Tak pun pakai topi. Kalau tukang masak tu perempuan seeloknya pakai tudung. Sure kes macam nih tak jadi.

Korang pun sure pernah kena benda macam nih kan? Biasanya apa yang korang buat bila lihat makanan korang ada rambut? Korang teruskn makan atau tempeleng jer tokey kedai tue? Meh kongsi sket ngan Belalang supaya boleh jadi panduan Belalang untuk masa-masa akan datang…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • jumpa rambut dalam makanan (54)
  • maksud jumpa rambut dalam makanan (14)

Comments are closed.

Close