Ramadhan 15 2012, Benar Atau Fitnah Akhir Zaman? -Bhg1

Siapa disini yang pernah mendengar mengenai cerita 15 Ramadhan 2012? Rasanya ada yang pernah mendengar dan ada juga yang tidak.

2012 di kaitkan dengan satu cerita yang kononnya akan terjadi sesuatu bencana besar.ย Puak Maya dalam catatan calendar mereka mengatakan 2012 adalah hari terjadinya bencana yang bakal melenyapkan semua hidupan di bumi. Filem 2012 pun dibuat berdasarkan calendar puak Maya nih.

Mungkin ada yang pernah mendapat e-mail yang mengatakan 15 Ramadan 2012 akan berlaku seuatu berdasarkan satu petikkan hadith. Belalang sendiri mendengar perkara ini daripada seorang kawan pada pertengahan tahun sudah.

Buat renungan teman-teman.

Cuba kira… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.

(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… ALLAH sahaja maha mengetahui… cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…ย 

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.


forum carigold

Meremang bulu roma dengar hal ni kan? Memang pada mulanya agak terperanjat jugak Belalang mendengar kisah ini dari kawan Belalang. Setelah lama berlalu macam tu, tiba-tiba kelmarin Belalang teringat pasal cerita nih. Terus Belalang google mencari info yang berkaitan dengan hal nih.

Korang nak tau carian Belalang tu berjaya ke tak? Nak tau tak yang Belalang ada menemui jawapan pada perkara di atas atau Belalang menemui hadith yang ade disebut dalam petikkan di atas? Korang tunggu sambungan entry Belalang nih nanti ye.

Bersambung…

*update– kisah ini tiada sambungan seperti yang Belalang janjikan. Ini kerana pada bahagian komen telah ada seorang pembaca menulis komen yang hampir sama dengan apa yang Belalang akan kupaskan pada bahagian kedua. Diharap anda membaca komen tersebut yang berada di bawah. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close