Penangan Gadis 13 dan 15 tahun

Membaca berita muka hadapan akhbar Harian Metro bertajuk ‘Kejutan 3.30 pagi’, ibu terkedu melihat 2 anak dan kekasih dalam bilik tidur memang sesuatu yang mengejutkan. Sampai begitu berani sekali adik-beradik ini membawa masuk kekasih dalam bilik tidur walaupun ibu bapa mereka berada dirumah.

Mungkin ini bukan kali pertama mereka membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah. Sebab itu mereka berani mengulangi perkara itu. Boyfriend mereka yang berumur 17 dan 20 tahun ni telah ditahan dan didakwa sebagai merogol sebab dua-dua gadis tu masih bawah umur. Dibawah petikkan asal berita

————————————————-

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.


Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.


Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.


β€œKes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close