Keputusn Separuh Akhir Ke-2: Malaysia Lawan Vietnam Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia yang telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir apabila menumpaskan Vietnam dengan aggregat 2-0. Kelebihan gol sewaktu bertemu Vietnam di Bukit Jalil sebelum ini, banyak membantu pasukan Malaysia.

Walaupun begitu Malaysia melalui 90′ minit perlawanan yang penuh mencemaskan apabila Vietnam bertali arus melakukan serangan. Vietnam sejak awal permainan terus menerus mengasak ke arah gawang Malaysia. Namun kecekapan pertahanan dibantu penjaga gol Malaysia yang bertindak cemerlang telah mematahkan beberapa percubaan merbahaya pasukan Vietnam.

Separuh masa kedua juga masih dilihat sebahagian besar permainan dikuasai oleh pasukan Vietnam. Namun sekali-sekala Malaysia memcuba juga untuk membuat serangan balas. Vietnam yang dilihat semakin tetekan mula bermain dengan aggresif apabila kerap melakukan terjahan-terjahan kasar.

Akhirnya detik-detik manis untuk mengesahkan Malaysia ke perlawanan akhir pun tiba apabila pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat perlawanan dan mengesahkan Malaysia layak ke perlawanan akhir bertemu samada Indonesia atau Filipina.

Keputusan Penuh Malaysia menang dengan kelebihan  aggregat 2, Vietnam 0.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close