Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Lawan Vietnam

Pasukan Malaysia berjaya memperolehi kemenangan pada pertemuan pertama menentang pasukan Vietnam dengan bekalan agaka selesa iaitu 2-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur gerak mencari gol awal namun pasukan Vietnam kelihatan lebih teratur dalam kawalan bola. Walaupun begitu permainan berakhir tapa jaringan diseparuh masa pertama.

Gol Safee Sali pada minit 59′ dibabak kedua merubah permainan dimana kedua-dua pasukan kembali bersemangat dalam memburu gol. Minit 78′ sekali lagi Safee Sali menjadi wira Malaysia apabila meledak gol kedua.

Hingga tamat ke masa penuh, Malaysia berjaya mengekalkan kelebihan dua gol sementara Vietnam pula tiada sebarang jaringan.

Keputusan penuh Malaysia 2, Vietnam 0.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close