Keputusan Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Lawan Laos, Indonesia Lawan Thailand

Malaysia layak ke separuh akhir apabila berjaya mengalahkan Laos dengan 5-1. Dibantu dengan kemenangan Indonesia ke atas Thailand 2-1.

Seawal minit ke dua Malaysia telah berada didepan apabila Amri Yahyah menjaringkan gol sebelum Laos menyamakan kedudukan 2 minit selepas itu. Sebelum tamat babak pertama Amri Yahyah sekali lagi meledakkan gol menjadikan kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua meyaksikan tiga lagi gol berjaya diperolehi Malaysia apabila pertahanan Laos melakukan kesilapan dan satu daripanya gol sendiri.

Sementara itu Indonesia yang sememangnya telah layak kepusingan separuh, berjaya mencipta kemenangan minit-minit akhir apabila mendapat dua sepakan penalti yang membantu Indonesia mengalahkan Thailand 2-1. Kedua-dua gol Indonesia dijaringkan oleh Bambang Pamungkas.

Keputusan penuh Malaysia 5, Laos 1 dan Indonesia 2, Thailand 1.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close